Tuesday 15 May 2018

TTC JOURNEY

Bismillahirahmanirrahim...

Berhabuk dah blog ni. 3 tahun tak berusik, sebab tak ingt password dan kekangan masa melayari kehidupan yang makin mencabar. Alhamdulillah dengan izin Allah selepas bertunang, Encik Suami dapat panggilan ke Pulapol Kuching. Rezeki orang nak kawin bukan biasa biasa tau. Syukur. Jun 2015 Encik Suami start terbang ke Kuching selama tempoh 6 bulan. Phewwww, lame kannn. Alhamdulillah tamat dengan jayanya pada Disember 2015. Then start planing for nikah on 30 April 2016 dan sanding pada 1 Mei 2016. Alhamdulillah everything when well even dalam tempoh tu a lot of drama yang dilakonkan oleh aku sendiri. Well, as usual!! Kahkahkah..Syukur dengan perancangan Allah yang telah menyempurnakan banyak perkara dalam hidup aku. Allah know better than me. 

2018

Alhamdulillah.. Baru je sambut ulangtahun perkahwinan yang kedua. Syukur. Dengan jayanya we both tergemuk tanpa sengaja. Hahahahha..Dan Allah menguji dengan rezeki zuriat. Ada yang lewat kawen dari aku, dah boleh pgg baby dah. Rezeki Allah bagi tak sama. Aku redha. As long as, Encik Suami still behind me anddd still layan macam2 mngidam bini even though bukan mngidam preggy pon! Ngada kan?!

Well, as wife and also perempuan, mesti rasa mcm eh, teringinnye nak having own baby. Nak cium bau baby sendiri. Tapi malangnyaa, hanya teringin but aku ada satu perangai yang buruk dan mama bebel suruh berubah is tak suka budak! Thay y Allah masih tangguh rezeki aku. Lama-lama rasa mcm ehh ape function aku as a wife kan. Why not i try to change my pandangan because Encik Suami very very love kids.So, aku cuba kikis bad sight berkenaan budak n try slowly love them, sebabnya belah Encik Suami anak sedara dah ramai. So, cuba layan dorang. Sebb anak sedara selalu cakap Aunti Fara GARANG!Sometime they try to avoid me. Hahahaha.. Not this time syg syg.. Aunti try to be cool and love u syg! Aunti garang tapi baik hati tau!

Tapi pada tempoh tahun pertama perkahwinan, bila period delayed mmg rasa ehh pregnant ke, mmg rasa excited but bila cek UPT NEGATIVE! Ada sekali double line but second line faint line, esoknye period! Hahaha ok bukan rezeki then ok try lg soon. Sorry post too long to handle, but i try to simplify the story. Hahaha mcm ramai je nak baca. I just share my experience. Kalau ada pendapat boleh kongsi dengan kitee..

So, the whole years tu aku mcm ok, tak de tak pe lagi. Usaha pun skadar usaha. Sebb kalau cite dekat orang alaaa honeymoon dlu, rilex.. My problem after kawin is period tak regular. Sebelum kawin period ok. Cycle 28days dan 7 hari tetap period tu. Tapi lepas kawin pernah tak datang 2 bulan, 3 bulan. Then aku ambil satu tindakan jumpa pakar dan scan. First, jumpa Dr Marina, dekat Poliklinik Dr Marina, di Seberang Jaya. Time tu delayed almost 2 month and UPT always NEGATIVE. Scan waktu pundi air penuh baru clear sikit, dorg godek sane godek sini, dorang ckp, puan semua normal. Tak de PCOS and so on laa. Alhamdulillah. Then jumpe Dr Marina pulak, she very soft spoken, tenang je. Then cerita dekat dia apa berlaku, dia just bg NORCULUT dan multivitamin. Dan dia ckp its normal, may be hormon nak sebati dgn suami. Ok pendapat diterima. Lepas makan ubat tu, period dtg dengan banyaknya. Dan terus mencuba lagi. 

Time tu dah start PJJ dengan Encik Suami, still sama berlaku period delayed. Dah malas la nk layan beli UPT bagai sebb takut hampa! So biar jelahh smpai 3 bulan delayed bru cek UPT but as usual, NEGATIVE! Balik kg Encik Suami,jumpa doktor pakar, scan dan doktor cakap, alahai comelnye rahim. Semua normal. Bg lagi norculut then bru period. Ok dah rasa mcm down sikit. Knp lah aku ni? Tapi tak sedar diri lagi. Sibuk dengan kehidupan dengan kerja tak sempat pk pasal baby. Tapi masa makin kedepan. Bila dah GENAP 2 TAHUN berkahwin baru rasa, ok need to try something. Doktor yg aku jumpa selalu pesan, BERUSAHA SESUNGGUHNYA ALLAH KIRA TIAP USAHA KITA. Pegang word tu smpai sekarang. 

MAR 2018

Aku dan Encik Suami sebulat suara bersetuju untuk jumpa pakar untuk ambil treatment kesuburan dan Encik Suami juga setuju nak bt SPERM ANALYSIS. Alhamdulillah result Encik Suami normal dan baik baik sahaja. Aku pulak disebabkan period masih tak kunjung tiba, doktor scan dan buat PEP SMEAR kat aku untuk pastikan aku sihat. Dan Alhamdulillah kedua duanya normal dan sihat. Dan dr bekalkan aku NORCULUT and AGAIN!Period dtg dan doktor pesan for first day period dia nk jumpa untuk next treatment.Dr scan untuk make sure ovary aku tak bengkak, then dia bg CLOMID 50MG. Makan start second day period. Dr bg 5 biji je sampai hari ke enam period. 

Bila start makan CLOMID aku punya effect dekat tubuh is kerap rasa pening dan loya. Allah, sabar je la nak habiskan 5 biji tu. Suprisely, MEI 2018 masih lagi belum period dan dah delayed period dalam seminggu lebih. Tapi aku org yg dh biase tak period jd mcm ok lantak la. Hormon lg la tu.Tapi baru teringat,APRIL 2018 aku ade ambil CLOMID, baru rs excited nak try UPT, daaaannnn....


Hasilnyaaaa masih satu line!

Hancur hatiku.. Simpton preggy tu mcm ada, breast rasa sakit mcm membengkak kekadng tu. Mngantuk tu jgn ckp, rasa nk tido jee sepanjang hari. Tpi keje, mane boleh tidur seuka hati kannn.. Balik je keje setel semua, 9mlm mesti dah berat mata. Aku bukan org yg selalu tido awal. Tapi lately ni mngntuk tu pelik betul.Mama aku kata, kalau dh pemalas jgn bagi byk alasan. HAHAHAHA. Baru nak feeling tau. Sembelit dan kerap kembung perut. Entah laa. Taktau perubahan apa yang berlaku kat aku. Harapnya tiada apa yang berlaku. Harap yang baik baik sahaja. Amin...

Sesiapa yang ada penyakit 'gila' mcm aku, harap korg bersabar dan keep berdoa semoga ada rezeki kita bersama. Sementara tu, boleh la plan dengan Encik Suami travel lagi.. Hahaha kemanakahh kali ini??
Semoga dipermudahkan rezeki zuriat kepada geng TTC semua!

Sunday 22 March 2015

150315

Allahamdulillah seperti yang dijanjikan.. 15.3. 2015 bersamaan hari Ahad rombongan dari Kelantan selamat sampai ke teratak usang family di Penang. Majlis pertunangan diadakan dengan agak meriah sekali, dah macam kenduri kahwin tp Alhamdulillah sangat berpuas hati dengan segala perancangan. Segalanya berjalan dengan lancar dengan izin Allah. Mesti akan ada yang mengata dan sebagainya. Dah menjadi adat. Kita ni redha je lah. Yang sempurna kan dr Allah yang buruk dan kurang kan dr manusia biasa ni mcm aku. Baru rasa skrg ni mcmana nak handle sesebuah majlis. Dlu asyik handle majlis rumah terbuka skrg ni majlis aku sendiri. Dan aku buat sehabis terbaik. Dari catering smpailah ke baju Alhamdulillah semuanya seperti yang dikehendaki. Ada jugak suara sumbang ni bersuara, bertunang je pun takkan nak buat mcm kenduri kahwin? Rezeki lebih buat lah lebih. Tak salah selagi mampu kan.. Mulut orang mana boleh tutup2. Biarkan mereka bersuara. First sekali handle barang apa untuk hantaran. Bincang dengan encik tunang nak buat hantaran 7 berbalas 9. Banyak oii.. Kawen dia request 9 berbalas 11. Haahahaha.. Adat.. Ada rezeki lebih lah. Ikat selama setahun. InsyAllah dengan izin Allah jugak. Semoga berkekalan hendaknya ikatan ini dan kekal smpai ke jinjang pelamin. Aminn..

Thursday 26 February 2015

PERANCANGAN ALLAH ITU INDAH

Bismillahirahmanirahim..........
Syukur tamat sudah lah semester kedua tahun ketiga aku ni. Byk betul onak duri.. sepanjang nak hbskan sisa sisa semester ni mcm2 dugaan.. alhamdulillah tamat jugak la semester ni. Guess what????? Jadi jugak aku bertunang March ni semua krn izin Allah. 15.3.2015 insyAllah rombongan dr Kelantan dtg bertandang kerumah. Syukur di tunangkan bersama b tersyg. Hahaha syukur.. kan dah ckp janji Allah tu pasti.. syukur sebab Allah dah makbulkan doa kita.. Allah lebih mngetahui. Allah lebih mngetahui.. syukur.

Sunday 8 February 2015

MENTAL

Hi,
Sekarang tgh musim exam. Makanya, semuanya menjadi gila. Tetiba rasa mental. Rasa nak nangis. Rasa nak pergi somewhere. Segala macam rasa. Dan yang paling terasa ada rasa down gileeeeee!!!! Knp??? Sebaaaaabbbbb hari ni rerajin teman en.bf g jog. Then terkeluar kisah bertunang. What i expect? Mesti pk jadilah kot on this March.. Guess what?? Hurmm, en.bf ckp bende yang rsnya sentap jantung n hati. Tp aku pretending ok n cool. Tp hati hancuss nokkk... dia ckp sempat ke? Lagi berapa minggu je nak masuk March. Boleh kita buat on Jun? Or for our annivasary? On Sept? Rs nak meletup hati. Before this he ask about March and then he said kakak want this time. At the end jd cm ni? Maknanya dia suke ckp, tp stakat bg kita khayal dgn dunia kita je. I already tell mama about our majlis. Bile aku buat bodo dia ckp aku mcm tak beriya. Aku perempuan, aku masih ada rasa malu. Of course feel mcm desperate sgt. Mula rs feeling sebak je. Then siap ckp kita dh bersedia ke? Then why give me a dream if sekadar hnya kata2? If not ready why we need to discuss about that? Why? Mula rasa malas gile nak pk. May b belum tiba masa. Pujuk je hati. Allah tak bagi lagi mungkin bersebab. Ade lah tu hikmah.
Mula pk mcm2. Fmly dia yg sebuk tp dia not ready yet. Fmly n aku je beriye. Tp dia tak. Tak pe lah. Ambik berapa banyak masa yang dia nak. Jika berjodoh adalah March ni. Kalau tak... Allah perancang yang terbaik. Bersabarlah duhai hati....

Saturday 31 January 2015

HANTARAN TERLAMPAU???

Psstttt.... Dengar tajuk pun rasa sesak tetiba. Di zaman serba canggih serba moden serba serbi kena ada duit baru orang layan ni, rasa seram sejuk dan takut nak melangkah keluar. Mana tak nya, dulu abah bagi rm50 dh boleh spend smpai seminggu. Sekarang rm50 boleh habis dalam masa sehari atau dua hari. Almaklumlah perangai boros aku tahap dewa lapar. Tapi Alhamdulillah hidup kene hadap juga biarpun setebal mana pun dugaan. Haa..berbalik pada tajuk.. hantaran terlampau???? Menjadi trend dah sekarang ni hantaran nak kena puluhan ribu. Baru sedap nak gebang sikit kan. Padahal si lelaki baru habis belajar. Hutang PTPTN pun tak habis bayar lagi. Dah boom baam boom baam nak kawin. Sebab dah berkenan sangat dgn si dara pujaan. Si dara pujaan yang baru habis belajar keluaran pulak ijazah lagi tau, dah tentu tentu family letak belanjan hantaran yang tinggi kan??? This happen around me. Kesian laki laki kan.. dah la kena tanggung belanja utk si perempuan, untuk belah laki pun kena tanggung. Alih-alih nak mudah buat loan.. Alahai... pecah kepala pk hutang. Habis je kawen, tido malam tak lena sebab pk beban hutang bertambah. Anak dah dua belum tentu habis bayar. Pada pendapat aku, hantaran hanya adat. Berpatutan la kita yg perempuan ni nak demand pun. Esok jadi laki awak, awak juga membebel tak dapat penuhi kehendak awak. Haaaa jadi pulak kes cerai berai. Nauzubillah minta jauh. Mas kawen pun ikut negeri tau. Tak de la smpai ribu ribu. Perkara wajib di dahulukan. Tapi sekarang adat orang dahulu kan. Haishhh... pada bakal suami aku, aku terima dirimu seadanya. Cik kiahhhhh nak kawin oiiii. Itu la terkeluar tajuk ni. Hahahaha. Peringatan untuk diri dan bakal bakal pengantin kat luar sana. Yang penting hidup kita suami isteri sentiasa barakah. InsyAllah. 😊😊

Thursday 29 January 2015

ALHAMDULILLAH

Alhamdulillah masih bernafas di bumi Allah ni lagi. Alhamdulillah dikurniakan kesihatan yang baik setakat ini. Alhamdulillah di kurniakan keluarga, sahabat dan kekasih yang sgt memahami hati jiwa dan perasaan ni. Harapnya kekal selamanya begini insyAllah. Bangun pagi tadi dengar berita gembira pasal kelas dibatalkan dan test juga dibatalkan. Apa lagi yang menggembirakan hati seorang student malas mcm aku ni. 😜😝 kira tu paling happy la ni. Btw nak share pasal semalam punya cerita. Perangai aku dah nak dekat bulan mengambang memang pelik. Nak marah memanjang. Sebelum ni kalau aku berangin mesti encik boifrn pon berangin sama. Tp kali ni tak. Dia dtg rumah, bawak pg makan. Sebb dia tahu awek dia berangin kalau nk pujuk bawak pegi makan. Hahahaha. I love u b!!! Ikutkan hati batu aku nak bt bodo jeee. Konon marah sgt kt dia sebb marah aku. Nampak tak attention seekers aku dh tahap melampau. Nasib baik masuk je dalam kereta dia senyum je. Alahai boifren sebab senyuman awak la kite rasa nak terbang melayang. Terus tny awk nak pg makan mane? Memang plan nk ajak dia pergi makan kt Ana Petai Bangi tu. Then menuju lah kami ke Ana Petai. For the first time lah untuk encik boifren aku. Then kiteorang rambang mata la pilih makanan laut yang segar bugar tu. Pilih punya pilih datang kat meja mkn mcm 5 org nak makan. Almaklumlah bf gf mmg kaki makan. Hahahhaa. Alhamdulillah rezeki dari Allah utk kami.
Moral of the story, encik boifren skrg dah pndai amek hati, dah pandai tak nak layan kepala angin aku. Lama2 rs bersalh di hati n utk hati batu mcm aku tetiba jadi cair. Moga awak jodoh sy b. Amin....

JANJI ALLAH ITU PASTI

Bismillahirahmanirahim.....
Lama tak tulis dalam ni. Tahun ni dah 25 tahun dah umur aku yang cute lagi comel ni. Dah masuk tahun ketiga dalam Bachelor in Civil Engineering. Alhamdulillah. Allah makbulkan doa aku. Harap dipermudahkan segalanya sampai keakhirnya. Nak jadi engineer!! Yeay! Berbalik pada tajuk td. Janji Allah tu pasti. Sebab tengah pujuk hati ni. Pujuk hati telan semua gundah. Telan semua perasaan yang bersimpang siur. Kita manusia hanya mampu merancang. Tipu la di usia yg sedangkan elok utk melakar masa depan terlintas juga difikiran dan hati untuk melangkah ke step yg seterusnya dalam hidup. Step utk kawin!!! Calon??? Selepas putus kasih dgn boypreng kesayangan 5 bulan lepas. Rasa betul putus harapan. Nasib baik kawan2 family banyak tolong sedarkan. Kalau tidak masih termangu dalam mimpi lagi la. Dah bukan jodohkan. Usaha 3 tahun nak bina mahligai pun tak kesampaian. Langkah kaki dihayun lagi biarpun berat. Setiap yang berlaku ada hikmah. Allah gantikan aku dengan orang yang lagi baik. Yang tahu agamanya. Yes! Alhamdulillah. Tp masih ragu2 dengan kejujuran dan kemahuannya. Sejauh mana dia betul2 nak aku dalam hidup dia. Dia ajak bertunang tapi lepas beriya2 then diam plak. Then cmana tu? Tak pe la positif kan diri. Belum sampai masa. Ada lah tu hikmahnya. Janji Allah kan pasti. InsyAllah bila dh tiba masa takkan ke mana. InsyAllah amin...